TIPS MENGHILANGKAN BATUK DAN SAKIT TEKAK
Batuk dan sakit tekak adalah penyakit yang paling sinonim dihidapi oleh kita terutama apabila musim tidak menentu. Contoh musim panas berpanjangan, musim hujan, musim peralihan mahupun musim undangan perkahwinan/perayaan. Kadang kala berlanjutan sehingga berminggu-minggu nak sembuh. Tapi tahukah anda terdapat tips menghilangkan batuk dan sakit tekak dengan menggunakan madu.
Madu memang terkenal dengan 1001 kepelbagaian khasiat nya. Tapi bukan sebarang madu taw. Hanya MADU ASLI yang akan memberikan khasiat seperti yang dijanjikan dalam Al-Quran. Antara madu yang paling tinggi kandungan antioksida nya ialah Madu Kelulut. Sehinggakan ia diangkat sebagai makanan SUPERFOOD. Boleh baca artikel kami di sini.

Cadangan pengambilan Madu Kelulut @ Madu Tualang Asli adalah bagi meningkatkan kadar imunisasi tubuh sebelum beralih kepada Madu Akasia Asli untuk pengambilan berterusan.
Antara madu yang paling berkhasiat dengan kandungan antioksida yang tinggi ialah MADU KELULUT. Sehinggakan ia diangkat sebagai makanan SUPERFOOD.

Campuran madu asli dan lemon
Di sini kami kongsikan tips pengambilan madu untuk menghilangkan batuk dan sakit tekak:
- Sesudu kecil madu asli ditambah dengan perahan limau nipis/lemon ke dalam air suam.
- Amalkan minum 3x sehari.
Selain rasa manis madu, kebaikan dari kandungan anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat boleh bertindak melawan jangkitan yang menyebabkan batuk dan sakit tekak. Sedikit tips penyimpanan madu yang digalakkan ialah dengan mengelak dari terkena sinaran matahari secara langsung. Seeloknya hendaklah disimpan di tempat pada suhu terkawal. Contoh di dalam peti sejuk bahagian bawah, atau di dalam kabinet bahagian barangan kering.
Lemon kaya dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin C sangat baik dalam meningkatkan sistem imunisasi badan. Namun disebabkan sifat vitamin C yang berasid (asid askorbik), cara pengambilan lemon hendaklah dikawal terutama mereka yang mengalami masalah seperti gastrik.
Selamat mencuba!
Nota kaki:
Masih ragu-ragu di mana boleh dapatkan bekalan madu asli? Klik sahaja link di bawah .
Ingat , pasti sahaja yang ori.
Leave a reply