Warna bibir banyak dipengaruhi oleh genetik seseorang. Maka, bukan semua orang dilahirkan dengan bibir cerah. Akan tetapi, kadang kala bibir boleh menjadi gelap disebabkan penggunaan gincu bibir yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri. Selain itu, pendedahan secara keterlaluan terhadap sinaran UV tanpa perlindungan juga boleh menjejaskan penampilan warna pada bibir. Kami kongsikan sedikit tips mecerahkan bibir secara semulajadi.
TIPS MENCERAHKAN BIBIR SECARA SEMULAJADI
Madu, Gula Pasir & Minyak Kelapa Dara
Ambil madu dan campurkan dengan gula, seratakan dan mula mengosok pada bibir semasa mandi. Kenapa semasa mandi lebih digalakkan, sebab masa ni kulit pada bibir adalah lebih lembab. Ini penting untuk mengelakkan bibir menjadi luka!
Selesai ‘scrub’ sapukan minyak kelapa dara dan biarkan sepertimana kita memakai pelembab bibir (lip balm)
Madu mempunyai fungsi melembab. Ini dapat memberikan kelembutan pada bibir. Ia penting bagi mengelakkan bibir luka semasa disental dengan gula. Penggunaan minyak kelapa dara pula dapat memberikan satu lapisan lembut pada bibir selepas campuran madu dan gula dibasuh.
Selamat mencuba!
Be natural. Be safe.
Nak tips lain pulak? Klik sini
Sukar untuk mendapatkan madu asli.?
dan produk-produk yang berasaskan hasilan lebah.?Hubungi kami : 013-7023937 (whatsapp)
Layari : www.humairahoney.com.my
Leave a reply