PENGANUGERAHAN SIJIL MESTI 2017
Pengenalan
Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah salah satu skim di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) untuk industri makanan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Pusat pengumpulan madu telah mendapat pensijilan MESTI pada April 2017 sebagai jaminan kualiti dan kebersihan kami kepada pengguna.
Tujuan
Tujuan pensijilan ini adalah bagi melaksanakan
program jaminan keselamatan makanan
yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dengan ini tahap keselamatan makanan dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat memperbaiki tahap kemajuan dan pendapatan pengusaha makanan.
Butiran Pengiktirafan MeSTI
Badan Penganugerah : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Tarikh Sah Laku Sijil : 26 April 2017
Tempoh Sah Pengiktirafan : 3 tahun
Comments are closed