fbpx
et-loader

Madu beraroma tinggi yang dihasilkan oleh lebah liar Apis dorsata dari nektar pelbagai bunga hutan (Multiflora Honey). Madu yang dihasilkan kebiasaannya memberi aroma bungaan dan rasanya agak manis dan tajam. Spesis lebah ini hidup liar dan berpindah- randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Biasanya spesis lebah ini akan membuat sarang di kawasan yang terbuka seperti di dahan-dahan pokok yang tinggi, gua dan juga bangunan tinggi.

Lebah Tualang diambil bersempena dengan nama Pokok Tualang. Pokok Tualang yang terdapat di hutan hujan Khatulistiwa boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter dan ianya menjadi kegemaran spesis lebah liar ini untuk bersarang. Ketinggian ini membolehkan lebah liar ini selamat dari gangguan dan ancaman binatang liar seperti beruang.

Lebah liar ini mampu menghasilkan kira-kira 40-50 kg madu dalam tempoh bersarang. Ia menyebabkan para pemburu madu hutan sanggup bertarung nyawa untuk mendapatkan madu ini setiap kali musim menuai! Selain hasilnya yang lumayan, Madu Hutan ini dikatakan mempunyai khasiat yang sangat tinggi.

Weight 0.1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.