et-loader

Di HumairaHoney™ , anda pasti mendapat bekalan madu yang 100% original dan fresh. Dari ladang sehingga ruang pembotolan kami mengikut prosedur Amalan Pertanian Baik dan pusat pengumpulan madu kami dilengkapi dengan fasiliti lab yang lengkap.

 

humaira honey

Our Short Story

HumairaHoney™ bermula pada tahun 2012, tertumpu pada penternakan lebah kelulut. Mengambil pengalaman daripada pelanggan yang sukar mendapatkan madu asli dan kekurangan bekalan dari ladang kami sendiri, Pusat Pengumpulan Madu dibangunkan pada 2016 dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama UiTM, Genom, Akademi Kelulut Malaysia bagi memastikan madu yang dikumpulkan dari kumpulan-kumpulan kecil penternak seluruh Malaysia untuk dipasarkan telah diuji sah mengikut piawaian dan standard Madu Kelulut dan juga Lebah Malaysia. Pada awal tahun 2017, pusat pengumpulan HumairaHoney™ mendapat pengiktirafan MESTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Store Address

Humaira Honey Sdn Bhd
Pusat Integrasi & Pengumpulan Hasilan Lebah. 31A, Kg Luat,
33400 Lenggong, Perak

Contact Info

Email: humairahoney88@gmail.com
Phone: 013-7023937 ( Pn Fadzilah)

Madu beraroma tinggi dihasilkan oleh lebah ternak Meliponines dari nektar pelbagai bunga (Multiflora Honey). Madu yang dihasilkan kebiasaannya memberi aroma berkayu dan rasanya sedikit masam dan tajam. Spesis lebah ini hidup liar di hutan-hutan dan didalam batang-batang pokok berlubang namun begitu, lebah spesis ini mampu diternak untuk mendapatkan madu.

Lebah Kelulut dikategorikan sebagai lebah yang tidak menyengat. Ciri-ciri fizikal lebah ini amat berbeza dari lebah biasa. Lebah kelulut kebiasaannya berukuran antara 3-8mm manakala bentuk sarang lebah kelulut pula adalah berbentuk spiral.  Berbeza dari spesis lebah menyengat, lebah kelulut mengisi madunya di dalam kantung atau pot madu yang dihasilkan daripada propolis. Madu Kelulut yang dihasilkan oleh lebah spesis dikatakan tinggi kandungan antioksidanya namun begitu purata penghasilan madu kelulut adalah rendah jika dibandingkan dengan lebah Apis iaitu sekitar 0.3 sehingga1.8kg sebulan menyebabkan harganya sedikit mahal
berbanding madu lain.

Weight 0.6 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Related Products

Dear customers, For limited time only. Please enjoy extra discount on Madu Kelulut size 175GM & 350GM from now until 30 April 2018.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Qs. An-Nahl: 69). Dismiss