Ya. Madu asli. Setiap batch madu kami akan diuji kandungan air, keaktifan enzim glucose oxidase dan kandungan hydroxymethylfurfural. Ketiga-tiga ini merupakan antara parameter yg boleh diuji di makmal bagi menentukan keaslian madu.
Sumber madu dikeluarkan oleh humaira honey berbeza mengikut jenis seperti di bawah:
1. Madu kelulut dihasilkan oleh kelulut yg dternak samada dr ladang kami sendiri di lenggong perak atau dr ladang rakan penternak yg lain.
2. Madu akasia dihasilkan oleh lebah Apis mellifera yg diternak di ladang akasia. Sumber kami dr penternak apis mellifera di mersing johor.
3. Madu tualang adalah madu yg dihasilkan oleh lebah Apis dorsata yg kebiasaannya membuat sarang di pokok tualang. Sumber dari pengumpul madu tualang dari perak & terengganu.
Madu hanya boleh dipastikan asli melalui ujian makmal. Ujian tradisional tidak reliable dalam menentukan keaslian madu kerana kesannya terhadapa madu asli dan tiruan hampir tidak dpt dibezakan.
Ujian sensory (menggunakan deria rupa, bau dan rasa) juga boleh digunakan bg mengenalpasti keaslian madu. Namun ianya memerlukan latihan & pengalaman.
Cara penamaan madu di Malaysia adalah berbeza2. Ada yang dinamakan bersempena jenis lebah. Ada yg dinamakan bersempena sumber nektarnya. Ada juga yg dinamakan bergantung kepada lokasi sarangnya.
Humaira Honey memasarkan 3 jenis madu:
1. Madu kelulut yang dihasilkan oleh lebih kelulut (Heterotrigona itama & Geniotrigona thoracica). Kelulut merupakan lebah yang tidak menyengat. Sizenya kecil, sumber nektar biasanya bunga2 yg bersize kecil.madu yg dihasilkan sedikit masam jika dibandingkan dgn madu lebah lain.
2. Madu akasia dihasilkan lebah Apis mellifera yang diternak di ladang akasia. Sumber nektarnya dr lelehan manisan pada pucuk dan dahan pokok tersebut, bkn dari bunga. Jadi, ianya sesuai bg mereka yg sensetif dgn pollen.
3. Madu tualang dihasilkan dr lebah liar Apis dorsata yg membuat sarang di pokok tualang. Lebah ini juga dipanggil giant bee. Saiznya paling besar berbanding lebah lain. Sumber nektarnya adalah dr pelbagai bunga hutan.
Setiap jenis madu ade kelebihan tersendiri. Madu-madu ini memberi khasiat yg sama cuma jangka masa rawatan utk penyakit tertentu mungkin berbeza.(basic kandungan sama tp kepekatan@kuantiti mungkin berbeza)
Khasiat bagi madu bergantung kpd sumber nektarnya. Sebagai contoh; madu yang dihasilkan oleh lebah yg diternak di ladang herba mempunyai khasiat yang lebih tinggi jika dibandingkan dgn pokok2 biasa.
1. Madu Akasia dihasilkan daripada nektar pokok akasia. Ianya merupakan monofloral honey ( 1 sumber nektar).
2. Madu kelulut dan Madu tualang pula merupakan polyfloral honey (sumber nektarnya adalah dari pelbagai bunga). Sumber nektar madu tualang adalah pelbagai pokok hutan. Kelulut pula biasanya diternak di kampung-kampung, jadi sumber nektar adalah dr pokok-pokok sekitar kawasan ternakan. Uniknya kelulut adalah kerana kantung-kantung madunya diperbuat dr propolis.
Ketahanan madu bergantung kepada cara penyimpanan. Biasanya dicadangkan 2 tahun utk kualiti yg optimum kerana tanpa penyimpanan yang betul, kualiti madu akan berkurangan.
Madu perlu disimpan di tempat yg gelap, sejuk dan kering di dalam bekas kedap utk penyimpanan jangka masa panjang. Bagi tujuan pemakanan harian, boleh disimpan pada suhu bilik.
Tidak semestinya.
Terdapat pernyataan bahawa madu tidak boleh dimakan menggunakan sudu besi. Ini kerana madu bersifat asidik dan akan terjadi tindakbalas menghakis. Sudu besi dan stainless steel adalah berbeza. Sudu kini menggunakan stainless steel.
Sudu kayu pula bersifat natural. Jadi ianya sangat sesuai digunakan bersama madu.
Madu adalah penawar spt yg dinyatakan di dalam alquran. Kajian klinikal masih dijalankan utk menentukankan dos yg bersesuaian bg penyakit yg dikaji. Di dalam madu terdapat pelbagai bahan aktif yg bertindak secara sinergistik bagi memberikan kesan positif kepada penyakit. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika madu dijadikan amalan makanan tambahan bagi mencegah penyakit. Sekiranya pesakit sedang dlm rawatan Dr dan mengambil ubat, pengambilan ubat Dr masih perlu diteruskan.
Cadangan pengambilan adalah sesudu kecil, 2 kali sehari.
1. Awal pagi ketika perut kosong
2. Malam sebelum tidur.
Dos boleh dikurangkan bagi kanak-kanak dan ditingkatkan sekiranya terdapat masalah kesihatan.
Dicadangkan umur 1 tahun ke atas. Terdapat hanya 1 kes kematian bayi berumur 6 tahun dilaporkan kerana keracunan botulism pd madu. Perlu diambil perhatian, pencemaran botulism ini berlaku semasa pengendalian. Cara pengendalian yg betul akan mengelak dr terjadinya kejadian seperti di atas.
Setakat ini tiada kesan buruk dilaporkan. Namun begitu, dicadangkan pengambilan madu ketika perut masih kosong. Jarakkan pengambilan ubat 3 jam selepas pengambilan madu.
Boleh dimakan. Madu akan meningkatkan sensiviti insulin oleh reseptor di dalam bdn. Sangat bagus utk kencing manis. Dicadangkan penggunaan madu kelulut